Mengurus Perlaksanaan perancangan sesuatu bisnes start-up juga adalah satu pengurusan projek. Mengapa?
Pertama
sekali bila berkata soal projek, ia adalah bermaksud satu tugasan atau
perancangan yang ada tempohnya. Ia adalah berlawanan dengan operasi
iaitu tugasan-tugasan yang dibuat berterusan. Projek mempunyai jangka
hayat dan tempoh di mana ia perlu diselesaikan.
Apabila
kita ingin memulakan bisnes, lazimnya kita akan bermula dengan bisnes
start-up. Dan strategi dan perancangan yang dibuat adalah berdasarkan
tempoh 6 bulan. Ia juga mempunyai sumber kewangan yang terhad. Jika
pernacangan untuk 6 bulan tidak menjadi maka ia akan ditukar dan dicuba
selama 6 bulan lagi. Sekiranya ia masih mempunyai dana atau pemegang
saham atau investor masih sanggup mengeluarkan wang lagi untuk menampung
projek start-up tersebut.
Oleh itu, perancangan 6
bulan ini harus dilaksanakan dalam kerangka sebuah projek dan
pengurusannya juga perlu dibuat sebagai sebuah projek di mana matlamat,
skop, kos dan tempohnya telah ditetapkan. Skop pencapian untuk tempoh
yang ditetapkan itujuga perlu jelas.
Sebuah bisnes
start-up adakalanya mempunyai strategi dan perancangan yang betul. Namun
gara-gara pengurusan perlaksanaan strategi dan perancangan yang tidak
cekap menyebabkan bisnes start-up itu dianggap tidak boleh diteruskan.